Sunday, May 12, 2013

Teristimewa buat dirimu, suami..

Teristimewa buat suami yang tercinta.. Warkah ini ku tulis dari hati yang penuh dengan rasa kasih dan sayang..Alhamdulillah…bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku seorang suami yang saling melengkapi dan sempurna dalam menuju CINTA ILAHI…tiada kata yang terindah, tiada kata mampu diungkap akan segala kebaikan yang kau berikan..aku adalah isterimu..yang tidak sempurna dan kadangkala menyakitkan..namun aku sentiasa berdoa agar menjadi bidadarimu di dunia dan di akhirat kelak..insyaAllah..pohonku pada tuhan yang satu, agar aku mampu menjadi isteri yang sentiasa berada di belakangmu..yang sentiasa mampu menadah tangan pada Tuhan yang Esa, supaya sentiasa memberi rahmat dan 1001 kebaikan buat dirimu..sungguh hati ini terguris pabila melihat air matamu jatuh saat melihat anak yang kamu kasihkan…moga Allah memberi ketenangan dalam hatimu…dan juga dalam hatiku…Ya Allah, sungguh aku kasihkan dirimu…yang sentiasa ada bila aku perlukan..walaupun perkahwinan ini tidak genap setahun, namun pelbagai ujian telah kita lalui..dan ujian itu sentiasa menambahkan rasa cinta dalam hati kita…ku memgerti dirimu amat menyanyangiku..dan pasti dan pasti cinta dan kasihku hanya untukmu..sungguh redhamu itu adalah redha Allah padaku..terima kasih sayangku kerana mencintaiku segenap hatimu..moga Allah membalas segala kebaikan yang kau berikan…doaku pada Tuhan, agar mampu ku lahirkan zuriat untukmu..yang akan berjihad di jalan Allah dan RasulNya..insyaAllah.. Terima kasih suamiku yang tercinta, Muhamad Aizad bin Harun… Tulus ikhlas dari isterimu, Nurul Hafzan binti Nasrudin

Buat dirimu yang ku rindu, Muhammad Solleh bin Muhamad Aizad

Bismillahirrahmanirrahim… Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani… Sungguh aku rindu..tidak terungkap oleh kata..tidak dapat diluah dengan hati..hanya Allah Maha Mengerti segala rasa yang aku lalui.. aku redha dengan pemergian insan yang baru aku kenali..tidak dapat aku berbicara dengan dirinya..tidak dapat aku kucup dahinya sedangkan hati ini sungguh kasih padanya..Alhamdulillah..Allah pinjamkan dirinya untuk duduk di dalam rahimku selama 6 bulan lebih..tidak tahu bagaimana ingin aku gambarkan perasaannya..sungguh..dialah permata yang aku panjatkan kepada Tuhanku yang satu…seperti yang selalu aku katakan pada diri, Allah tidak pernah menolak doaku..tiap kali aku mengadu pada diriNya, pasti Dia tunaikan padaku walaupun diri ini penuh dengan dosa…Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang kau berikan..aku bersyukur dengan segala permintaan yang kau kabulkan…aku percaya, Kau Maha Mendengar…dan hanya diriMu yang menjadi tempat aku serahkan segalanya..Ya Allah, aku rindu pada dirinya…sampaikan salam sayang dariku untuknya..katakan pada dirinya, ibu minta maaf kerana tidak mampu menjaganya di dunia ini..maafkan ibu kerana tidak mampu melihat wajah dirimu..kerna ibu takut untuk melupakan wajah itu..Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui rasa hatiku. teringat kembali bagaimana rasanya dirimu berada di dalam rahimku..gembira hatiku apabila merasa dirimu bermain di dalamnya..setiap gerakan dirimu, memberi rasa gembira di hatiku„,sungguh, dirimu adalah teman paling setia ibu..kamu merasa segala kegembiraan ibu..kamu merasa segala kesedihan ibu..maafkan ibu kerana banyak mengeluarkan air mata dari senyum gembira…tidak ku lupa mendoakan dirimu..doaku pada tuhan yang satu.. Ya Allah, tiada apa yang ku miliki..segalanya adalah milikmu..terima kasih kerana Kau pinjamkan anak ini kepadaku..sesungguhnya anak ini adalah milikMu..aku serahkan ia kepadaMu..jadikan dia anak yang solleh…yang taat pada diriMu dan RasulMu..sungguh Allah itu Maha Mendengar..dan Allah makbulkan doaku..telah Allah ambil anakku untuk berada di sisiNya yang lebih kekal abadi..sukar untuk aku gambarkan perasaanku..hanya titisan air mata dan doa ku panjatkan pada Dia yang Esa…hati ini perlu redha..dan pasti aku redha akan pemergiannya..bukankan Allah makbulkan doaku? Allah ambil dia kerana dia mahu duduk bersama di sisi Allah..untuk taat pada Allah dan RasulNya,..Alhamdulillah…moga dirimu tenang bersama Allah anakku..sudah pasti ibu dan ayahmu gembira kerna pasti kamu menyambut kami di syurga nanti…InsyaAllah…Ya Allah, jadikan Muhammad Solleh itu sentiasa taat akan perintahMu..ketemukan aku dengan dirinya di dalam syurgaMu ya Allah…supaya mampu ku kucup dahinya dan menyatakan pada dirinya, ibu sayang kamu Lillahi Taala :’) “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”. An-Nahl, ayat 96.